RM45.00
Kebangunan Rohani Bario (The Bario Revival)
Price RM45.00
Product SKU SKU-A-9786299870708-UNIT-39710
Points Needed 900
Availability 6
Quantity
Description
Pada satu malam dalam bulan Oktober 1973 tanpa diuar-uarkan, turunlah Roh Allah ke atas seorang guru serta sekumpulan pelajar di sebuah sekolah desa di kawasan paling jauh dan terpenclldi Tanah Tinggl Bario, Sarawak. Manifestasi Roh Allah dalam kuasa kebangunan semula ltu telah mellputi seluruh warga Kelabit, suku kecil dan penduduk asli, yang beberapa dekad sebelumnya, telah secara beramai-ramai meninggalkan faham animisme untuk menjadi warga Kristian. Pada tahun-tahun berikutnya, menularlah Roh Allah ala gelombang yang tldak mampu ditahan lantas melanda atas suku-suku etnik lain dengan membawa perubahan hebat-hebat serta transformasi dalam kehidupan seluruh masyarakat. Pertumbuhan pesat Sidang fnjil Borneo {SIB) juga merupakan hasil langsung arus kebangunan semuia tersebut. 

Antara laln, buku yang buat julung-julung kalînya mencatat klsah benar lnl mengandungi rakaman saksi sebenar yang mengalami sendiri rentetan peristiwa masa itu, kenangan ramai saksi serta analisis terhadap era berkenaan serta kesan kebangunan semula itu. Kinl terisilah ruang kosong dan ada jugalah kisah kebangunan semula kita sendiri dalam kepustakaan dan maklumat fasal kebangunan semula Kristian.

Pengendorsan:

Suatu kajian kes yang bagus mengenai kebangunan semula dalam senario luar bandar Asia - para pelajar kebangunan semula wajib membacanya.
- Dr Koh Eng Kiat, Pengerusi, Ketua Sidang dan Pengasas Gereja Full Gospel Assembly, Kuala Lumpur, Malaysia.

Semoga buku yuang amat dinanti-nantikan ini, akan terutama sekali, memacu warga Kristian berusaha sampai ke perhentian doa, dan sebelum Kembalinya Al-Masih, Dia mendengar isi menajar kita dan sukacita menganugerahi kita satu lagi kunjungan-Nya.
- Dr Thomas Chung, Guru Al-Kitab dan Pengkhutbah Beredar, Mantan Ketua Sidang, SIB Iris Garden, Kuching, Sarawak, Malaysia

Akhirnya terbit just warisan penting lagi terserlah dalam sejarah Gereja Malaysia ini!... Semoga kita tidak serik atau takut untuk membayar harganya sambil kita mendoakan, "Ya TUHAN, lakukannya sekali lagi, hari ini!
- Daniel Ho, Pendeta Kanan, Gereja Metodis Damansara Utama, Petaling Jaya, Malaysia

Amat menarik buku ini dan ia ditulis dengan begitu baik sekali. Padanya terpapar senario yang melatari karya Tuhan yang terus berjalan di Sarawak. Tentunya kesemua pembaca buku ini akan beroleh berkat.
- Datuk Dr Maximus J. Ongkili, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia.

Penulis:

Lillian Bulan-Dorai berasal dari Bario, Sarawak tetapi menetap di Kuala Lumpur bersama keluarganya. Beliau telah menjadi kakitangan pastoral di Perhimpunan Injil Penuh Kuala Lumpur sebagai Ketua Kehidupan Keluarga, keluarga gereja dan kementerian kaunseling sejak 2008. Beliau adalah ahli terapi kesihatan mental bertauliah dan Kaunselor Pastoral terlatih. Dia berkahwin dengan Dorai Manikam, seorang Penatua FGA, dan mereka mempunyai tiga anak perempuan.

Solomon Bulan ialah Pastor Kanan Borneo Evangelical Mission (BEM) Cornerstone Miri, Sarawak. Beliau belajar teologi di New Zealand 8ible College dan Malaysian Theological Seminary. Beliau memberi syarahan di Maktab Perguruan sebelum menjadi paderi sepenuh masa di beberapa Gereja BEM. Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden BEM (SIB) selama sepenggal. Dia berkahwin dengan Enne Gerawat dan mempunyai tiga anak dan dua cucu.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews